Siapa Hipokrit?

Assalamualaikum...

Pernah korang dicop sebagai hipokrit oleh sesiapa? Adakah korang pon tergolong dalam manusia yang hipokrit? Siapa korang nak judge seseorang itu hipokrit ke tak? Wah banyaknye soalan...Hehe..

Mudahnye korang mengata orang ni hipokrit, orang tu hipokrit...Korang tau tak maksud hipokrit sebenarnye ape? Maksud hipokrit mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah (orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya.

Maksud hipokrit di atas tu apabila korang nampak perangai dia yang sebenar, tau cerita sebenar dan sahih pasai dirinye tetapi bile dengan orang lain berperangai baik la pulak...Itu barulah korang boleh cop dia sebagai hipokrit....

Tapi bila dah sampai tahap korang pulak buat cerita yang bukan2, jaja cerita orang, kononnye korang ni baik (bercerita buruk tentang orang, menampakkan korang ni baik sangat), adakah korang rasa korang baik sangat sampai cakap orang lain hipokrit? Haaa...Sape nak jawab tuh? Hehehe...Adakah korang faham apa yang aku merepek nih?

Kita di mata Allah s.w.t ni sama je. Setiap kesalahan/kesilapan, kita bertaubatlah kepada Nya. Allah s.w.t itu Maha Pengampun. Bukan korang yang menentukan baik dan buruknye seseorang itu. Dan tak perlula mengada-adakan cerita dan melaga-lagakan orang. Jadi do your things and do not make people menyampah ngan korang. 

* Kalau korang nak luahkan hati tak puas hati pasal orang tu takpe...Tapi, jangan 
  bergossip ya (kalau cerita betul takpe)... :-)

Pinjam Google

Day Trip To Universal Studio Singapore Part 2

Salam...


Setelah berjam2 kat dalam bas, sampai kebas BUN aku ni, time to go for enjoy at USS. Yeayyy! Jom tengok gambar.

Sebelum tu aku citer sikit ape yang ade dalam USS ye. Dalam USS terdapat 7 zone. Masuk2 korang akan jumpe Hollywood Zone, then biler korang ke kanan, korang akan jumpe New York Zone, Sci Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away Zone dan Madagascar Zone. USS bukak pukul 10 pagi sampai 9 malam.

Sementara nak menunggu pintu masuk bukak, kiter study map dulu. Supaya nanti tak membuang masa tercari2 tempat yang nak dituju. Heee~


Kat depan kete ni ade satu rak. Kat situ korang boleh amik map dan schedule tayangan untuk setiap show dan pukul berapa character2 ni keluar.

Disebabkan Transformers Ride ni baru dibukak. Kiteorang serbu ride ni dulu. Ianya terletak di Sci-Fi City.

Setelah puas berposing dan beratur menunggu giliran untuk menaiki ride. Tiber2 terperasan plak satu amaran, orang2 yang dinasihatkan agar tak naik ride. Antaranya adalah ibu mengandung. Perghh..Frust giler den...Tapi takpe husband ade untuk cerita kan experience. Berdasarkan apa yang dia cerita, syok giler. Katernyer, biler kiter jatuh bangunan tu rase real sangat. Dan disambut oleh Bumble Bee. Wah best2.

Mengikut dari pengalaman member yang biru tu paling takut. Namenye Cylon. Yang merah tu namanye Human. Kiteorang tak naik pon. Puas suh hubby naik. Dia cakap tak syok naik sorang2...Takpela, next time kiter naik ye sayang..

Dalam ni pon ade ride. Jangan lepaskan peluang korang untuk try ride ni, ok? Sangat teruja biler ada kat sini. Patung2 nya tersangat2 la tinggi.

Yang ni di Water World terletak di The Lost World. Kat sini diorang berlakon kononnye pirate datang mengganggu kawasan orang baik. Syok sungguh dengan sound effect dia, apinye. Best. Tayangannya lebih kurang dalam 30 minit kot.

I'm at Far Far Away Kingdom now. Hehe...Cantikkan castle dia.

Hahaha..Aku berjaya takluk istana ini. Istana ini aku yang punya...

Yang ni pon tak dapat naik...sadis...Mereka kater yang ni pon best. Macam real je terkena hingus Shrek biler dia bersin.

Disebabkan banyak ride tak boleh naik...Gi tengok Donkey Live pon jadila... Kat sini Donkey nyanyi di Knight Club dan dapat beramah mesra dengan Donkey hanya di screen je but it is an awesome performance..

Banyak lagi experience aku nak share ngan korang. Tunggu entri part 3. Dalam part 3 aku akan tunjuk gambar character2 yang aku jumper masa ada kat sana dan aku nak share sikit tips2 untuk first timer ke USS. Sila jangan bosan...Tunggu..

Day Trip To Universal Studio Singapore Part 1

Salam....



Yeayyy...At last dapat jugak menjejakkan kaki di bumi Singapore ni. Actually kiteorang nak pegi Singapore sebelum Krismas. Nak tengok sambutan perayaan di sana. Tapi...cari2 tiket, tiket abis. Biler tiket bas ade, tiket USS takde. Biler tiket USS ade, tiket bas takde. So terpaksa la pegi lepas Krismas. Tapi takpa janji aku berjaya menjejakkan kaki di sini. Yeayyy..

Cara nak pegi USS :
Kiteorang naik bas dari Ipoh. Naik bas Sri Maju. Diorang terus hanta betul2 depan Resort World of Singapore (RWS).  USS dah dekat dah dengan Resort tu. So kiteorang takdela susah sangat nak ke USS. Actually Bas Sri Maju ni je yang turunkan penumpangnyer direct terus ke RWS (aku rase la). Sebab aku tanyer bas lain semua turun sampai ke Golden Mile complex je.

Boleh juga turun di Golden Mile Complex, then korang kena jalan dalam 15 minit untuk ke stesen MRT. Dari stesen MRT berdekatan, korang kena ambil tiket ke Harbour Front. Then dari situ korang kena jalan ke Vivo City shopping complex. Korang masuk dalam shopping complex tu, naik level 3 ader Station Sentosa Express. Korang beli tiket ke Water Front. Yeay korang dah sampai USS. (Perjalanan menaiki train ni aku dapat info dari member aku).

Ok. Cukup info tak? Hihi...Aku beli tiket di Ipoh termasuk sekali tiket USS. Total untuk seorang adalah RM363. Okla harga dia kan? ... Memandangkan aku pegi time cuti sekolah, Mungkin mahal sikitla. Harga tiket USS RM 178/head. Kalau bukan cuti sekolah murahla sikit dalam RM10 dari harga masa cuti sekolah kot. Pastikan korang dapat tiket hari tu jugak. Sebabnye kalau korang gi USS baru nak beli tiket belum tentu korang dapat beli on the spot. Dalam satu hari diorang limitkan orang untuk masuk ke USS. Kang sia2 je korang ke Singapore.


Kiteorang bertolak dari stesen Ipoh pukul 9.30 malam pada 28hb. Sampai di sana lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi 29hb.

Sebelum sampai di Singapore, dua kali kena turun bas. Check pasport. First kat Imigresen Johor. Dah masuk Singapore turun lagi sekali. Bawak turun segala beg yang ada untuk check oleh imigresen. Kiteorang yang pertama kali berhadapan ngan imigresen ni terkial2. Mase kat imigresen Singapore ni kena isi borang. Siap tanye2 lagi kat orang area situ macam mane nak isi. Malu bertanya sesat jalan kan?  


Yeay dah sampai RWS. Dalam ni ade Casino. Macam kat Genting tu. Sementara tunggu tangga escalator tu bukak. Kiteorang melepak dekat area2 RWS ni.


Naik je escalator dalam RWS tu, dah sampai USS.


Biler dah jumper Globe tu. Paham2 je la kan? Tu la trademark USS. Sangat best bergambar time ni. Orang takde lagi. Huhu..


Sementara nak tunggu pintu USS bukak, kiteorang berjalan2 di kedai2 sekeliling USS ni. Cantikkan kedai Candy ni?

Di belakang pintu Gerbang ni korang akan ke tepi laut. Kat situ ade Crane Dance. Aku akan cerita selanjutnya next entry.

Teringin nak pegi? Jom try tanyer Bas Sri Maju kat area korang. 

* Kire2 budget yang habis untuk tiket bas + tiket USS + pasport = lebih kurang RM 500. Makanan tu korang makan simple2 dah le, kerepek ke, keropok ke. Beli kat Malaysia siap2 letak dalam beg. Kalau nak beli souvenir sparela sikit duit dalam RM 500 ye.

p/s : Lebih banyak gambar lagi kat entri part 2. Tunggu...

LCD Test untuk Phone Samsung

Assalamualaikum....

Aku dapat info ni dari ofis mate aku....

Tengah syok2 dengar lagu sambil menjalankan kerja, kawan ofis aku menunjukkan cara2 untuk buat LCD Test...

Ape fungsi test ni? Ok kalau korang tengok gambar kat bawah ni, item2 ni korang boleh check fon korang, ok ke tidak.


Cara-cara untuk buat LCD Test :

1. Korang buat panggilan ke no. ni *#0*#

Then gambar seperti di atas akan keluar kat screen phone korang. Korang nampak tak gambar kat atas tuh. Ade speaker vibration dan macam2 lagi. Ok. Cuber korang pegi dekat touch tu. Korang click at situ korang akan nampak macam gambar kat bawah ni.



Korang sentuh keliling kotak2 tuh. Kalau hijau maksudnye touch screen korang ok. Kalau korang touch kat tempat berkenaan tapi tak bertukar warna hijau, maksudnye screen korang problem kat tempat itu. Contohnye kotak yg putih kat atas tuh...kalau semua hijau,
dia akan keluar PASS..

ok..faham tak? bagusss..selamat mencuba!!