Day Trip To Universal Studio Singapore Part 1

Salam....



Yeayyy...At last dapat jugak menjejakkan kaki di bumi Singapore ni. Actually kiteorang nak pegi Singapore sebelum Krismas. Nak tengok sambutan perayaan di sana. Tapi...cari2 tiket, tiket abis. Biler tiket bas ade, tiket USS takde. Biler tiket USS ade, tiket bas takde. So terpaksa la pegi lepas Krismas. Tapi takpa janji aku berjaya menjejakkan kaki di sini. Yeayyy..

Cara nak pegi USS :
Kiteorang naik bas dari Ipoh. Naik bas Sri Maju. Diorang terus hanta betul2 depan Resort World of Singapore (RWS).  USS dah dekat dah dengan Resort tu. So kiteorang takdela susah sangat nak ke USS. Actually Bas Sri Maju ni je yang turunkan penumpangnyer direct terus ke RWS (aku rase la). Sebab aku tanyer bas lain semua turun sampai ke Golden Mile complex je.

Boleh juga turun di Golden Mile Complex, then korang kena jalan dalam 15 minit untuk ke stesen MRT. Dari stesen MRT berdekatan, korang kena ambil tiket ke Harbour Front. Then dari situ korang kena jalan ke Vivo City shopping complex. Korang masuk dalam shopping complex tu, naik level 3 ader Station Sentosa Express. Korang beli tiket ke Water Front. Yeay korang dah sampai USS. (Perjalanan menaiki train ni aku dapat info dari member aku).

Ok. Cukup info tak? Hihi...Aku beli tiket di Ipoh termasuk sekali tiket USS. Total untuk seorang adalah RM363. Okla harga dia kan? ... Memandangkan aku pegi time cuti sekolah, Mungkin mahal sikitla. Harga tiket USS RM 178/head. Kalau bukan cuti sekolah murahla sikit dalam RM10 dari harga masa cuti sekolah kot. Pastikan korang dapat tiket hari tu jugak. Sebabnye kalau korang gi USS baru nak beli tiket belum tentu korang dapat beli on the spot. Dalam satu hari diorang limitkan orang untuk masuk ke USS. Kang sia2 je korang ke Singapore.


Kiteorang bertolak dari stesen Ipoh pukul 9.30 malam pada 28hb. Sampai di sana lebih kurang dalam pukul 6.00 pagi 29hb.

Sebelum sampai di Singapore, dua kali kena turun bas. Check pasport. First kat Imigresen Johor. Dah masuk Singapore turun lagi sekali. Bawak turun segala beg yang ada untuk check oleh imigresen. Kiteorang yang pertama kali berhadapan ngan imigresen ni terkial2. Mase kat imigresen Singapore ni kena isi borang. Siap tanye2 lagi kat orang area situ macam mane nak isi. Malu bertanya sesat jalan kan?  


Yeay dah sampai RWS. Dalam ni ade Casino. Macam kat Genting tu. Sementara tunggu tangga escalator tu bukak. Kiteorang melepak dekat area2 RWS ni.


Naik je escalator dalam RWS tu, dah sampai USS.


Biler dah jumper Globe tu. Paham2 je la kan? Tu la trademark USS. Sangat best bergambar time ni. Orang takde lagi. Huhu..


Sementara nak tunggu pintu USS bukak, kiteorang berjalan2 di kedai2 sekeliling USS ni. Cantikkan kedai Candy ni?

Di belakang pintu Gerbang ni korang akan ke tepi laut. Kat situ ade Crane Dance. Aku akan cerita selanjutnya next entry.

Teringin nak pegi? Jom try tanyer Bas Sri Maju kat area korang. 

* Kire2 budget yang habis untuk tiket bas + tiket USS + pasport = lebih kurang RM 500. Makanan tu korang makan simple2 dah le, kerepek ke, keropok ke. Beli kat Malaysia siap2 letak dalam beg. Kalau nak beli souvenir sparela sikit duit dalam RM 500 ye.

p/s : Lebih banyak gambar lagi kat entri part 2. Tunggu...

3 comments:

  1. Alah, tulisan kecik sangat. Bestnyewwww. HAHA
    Ani dah follow yang k-6

    ReplyDelete
  2. blog sedang nak diperbaiki.. anyway dah follow jugak :-)

    ReplyDelete
  3. Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

    Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/starex)? Ya ada.. Silakan tanya...

    Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

    *Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete